INFO KOPERASI

KOPERASI SERI CEMPAKA PASIR GUDANG BERHAD

Koperasi Seri Cempaka PG Berhad telah mengadakan mesyuarat agung pertamanya pada 30hb Disember, 2007 .Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada semua wanita didalam Parlimen Pasir Gudang.Setakat ini jumlah ahli adalah seramai 148 orang.Koperasi ini diterajui oleh 9 orang ahli lembaga dengan pengerusinya Pn.Hjh Normala bte Abdul Samad yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang,Johor. Perniagaan utama adalah jahitan pakaian,cenderahati,peralatan perkhawinan,kelas masakan dan jahitan .


VISI KOPERASI
  1. Membantu peningkatan ekonomi ahli ahli melalui kerja kerja yang boleh dilaksanakan daripada rumah masing masing.
  2. Mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi seperti menubuhkan kilang pembuatan, menghasilkan produk berjenama sendiri.
  3. Menyertai mega projek yang ditawarkan oleh kerajaan atau swasta
  4. Menembusi pasaran antarabangsa

PENGENALAN ORGANISASI

Koperasi Seri Cempaka sekarang ini beroperasi di tingkat atas sebuah kedai di Taman Rinting,Masai,Johor. dengan kadar sewa RM600.00 sebulan. Premis di lengkapi dengan kemudahan  kedai jahitan juga keperluan asas seperti tenaga elektrik, air ,talian telefon  juga bilek untuk menjalankan kursus.


CARTA ORGANISASI

Dibawah disertakan carta organisasi yang sedia ada



ASPEK PENGURUSAN

HURAIAN TUGAS

  • Pengurus:
    Tanggungjawab    : Mengurus dan menyelia serta memberi latihan kepada pekerja
  • Tukang Jahit
    Tanggungjawab    : Mengambil tempahan jahitan dan menyiapkan mengikut masa dan kualiti yang telah dipersetujui.


KEMUDAHAN DI PREMIS PERNIAGAAN

Premis perniagaan yang dilengkapi dengan ruangan pejabat pengurusan, pengeluaran dan permasaran,kaunter pelanggan, penempatan mesin sulaman, ruangan proses jahitan yang menempatkan 12 mesin jahitan lurus industri. Premis yang dipilih di lengkapi dengan sIstem penghawa dingin dan mempunyai bekalan elektrik, air dan telefon mudah alih serta mudah di masuki kenderaan bagi tujuan pengangkutan barangan serta kemudahan pelanggan berurus niaga



Senarai nama Ahli Lembaga Koperasi

BIL NAMA LATAR BELAKANG NO TELEFON
1 Normala bte Abdul Samad Pengurus & Penceramah Bebas
2 Sh.Saedah Syed Abd.Kadir Peniaga Barangan Cenderahati
3 Rafiah bte Mohamed Pengurus Perkapalan
4 Siti Kalsom bte Idris Ustazah
5 Shamsider bte shamsudin Peniaga
6 Lailawati bte Abd.Ghani Peniaga
7 Che Noriah bte Ismail Pesara guru kemas
8 Erlly Peniaga kedai makan
9 Rahimah bte Raduan Peniaga makanan